DUIT KELAS CIKNBI

DUIT KELAS CIKNBI

Daisypath Anniversary tickers
[;I keep on falling in love with my husband]

Tuesday, June 28, 2016

Kebun Mini / Kebun Sayur


Assalamualaikum, readers! 

Kali ni ciknbi nak share pasal kebun mini @ kebun sayur. Seronok tengok ada yang berjaya tanam sayur-sayur walaupun hanya dalam pasu aje. 

So, kali ni ciknbi tekad beli benih-benih sayur yang selalu dimakan untuk ditanam. Mula sebagai hobi dulu, kalau jadi.... Alhamdulillah...kalau tak jadi, kita belajar lagi sampai menjadi. Hehe

Kronologi Berkebun Newbie

1 Mei 2016 - Mula rendam biji-biji benih untuk disemai

Rendam biji benih dalam 1 hari untuk penyerapan air

lepas dah rendam, tutup dengan tisu basah

dan tunggu hasilnya....akar akan keluar selepas 2-3hari tutup dengan tisu basah ni. Lepas tu bolehlah semai di dalam polybags @ pasu.

Beberapa benih yang berjaya tumbuh. Yeayyy!

anak pokok tomato


anak pokok asparagus

anak pokok sawi
Nanti nak alih ke dalam pasu dan projek seterusnya adalah buat kebun mini walaupun secoet je kawasan kat rumah sewa tu..hehe

Wednesday, November 4, 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih





First time ciknbi Joint GA..hehe..
macam menarik..Mana tau kot-kot bertuah.. ;) 
Rezeki kita tak tahu, doa moga dimurahkan dan dipermudahkan rezeki...

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | 
Tarikh Tamat :12 November 2015


Tuesday, October 20, 2015

REVIEW: Goosebump dengan BEANIE

Assalamualaikum,

*Pending post yang terperam sejak seminggu lepas.




Semalam baru lepas tengok cerita Everest, hari ni pulak en. husband ajak keluar dating lagi untuk tengok cerita Goosebump yang tengah ditayangkan di wayang. Seronok betul sebab wayang dekat je dengan rumah , dalam 7km je dari rumah. Dalam 10 minit dah sampai kat TGV AEON TEBRAU. 

Dah lebih 3x dah kot tengok wayang kat sini sebab sangat-sangat selesa.
kali ni rajinkan diri untuk booked awal untuk cerita ni.

*Whatsapp

Mr.H: Jom malam ni tengok wayang. Cer try beli tiket wayang
Ciknbi: orite, rini ke?
Mr.H: Haah, bukan biasa, Jenis Beanie.Kerusi besar. Jom try. Harga rm51. Sofa.
Ciknbi: sorang rm51??? *cryingg..haha
Mr.H: 1 sofa, kongsi berdua.
Ciknbi: Ohh. *1st time. tak biasa lagi.hehehehehe 

Then Mr.husband explain panjang lebar pasal 'Beanie' punya sofa ni. Asal nama Bean. ala, sofa yang ada bijik-bijik tu kat dalam. tapi stail yang besar lah..siap boleh baring, sandar or guling....haha...
Yes, boleh berguling sebab ciknbi dah try dah...hahaha
Beanie seat ni limited tau, hanya ada dalam 20+ seats sahaja untuk couple seat.

pastikan dah nikah baru beli, haha. Kang ada datang orang suluh-suluh tanya mana sijil nikah....Mampuihh korang.
takut? *hoho

Cerita Goosebump sangat best , sebab adventure + komedi. HAHA. Pelakon pun sangat best, handsome + lawa hero and heroin cerita ni. haha. itu sangat penting.

Ala-ala sains fiksyen sikit sebab ada binatang /hantu keluar dari buku. Jalan cerita yang best.
Pergi lah tengok. HEHE. Amik seat Beanie kalau ada TGV Cinema ye.

Letih bergelak dalam tu. Tambah-tambah syok pulak tempat duduknya. 

Next cerita apa yang syok, meh share.................

bye, kirim salam pada si Slappy ye.

*invisibleman masih terlepas....haha

REVIEW : EVEREST dengan IMAX (3D)

Hello hello hellooooooooooo,

Image result for everest


 


Ber-dating lagi bersama en.husband!

So, this time around ciknbi nak review untuk filem Everest, mulanya nak tengok cerita Goosebump tapi nasib tak baik sebab dah sold out waktu tu.Mana tak sold out nye,  en.husband suka buat rancangan adhoc. Malam tu nak tengok, malam tu jugak baru nak beli...haha...itulah makanannya, berhuhu berdua dekat depan kaunter.

Mula-mula tengok trailer cerita Everest ni macam tak best. Sebab tengok macam serious and adventure je. So, bukan lah genre favourite kami berdua.Lastly, surrender aje beli tiket Everest tapi yang tinggal hanyalah 3D IMAX. Pastu nak bayar, mak aiiiiiii terkejuut ciknbi, RM61 untuk 2 orang. WAHHHH! macam gempak je pawangam ni. haha.

IMAX ni sangat puas hati dengan dia punya kerusi dan sound system, tak rugilah duit tu kalau korang tengok IMAX. 3D dia tersangatlah real. Memang kualiti baik punya. Spec 3D pun tak memeningkan kepala bila pakai , lain lah macam pawangam lain. Selalu kalau pakai memang berdenyut-denyut kepala sampai terpaksa bukak. Rugi lah beli tiket 3D tapi tak nampak 3D kan...so, sangat-sangat recommended bagi sesiapa nak tengok wayang dengan IMAX ni.

DANNNNNN......


Cerita EVEREST tersangatlahhhhhhhhhhhhhhhhh BEST!!
sebab jalan ceritanya memang ikut fully dari cerita asal. Memang para pelakon diambil berdasarkan watak dan situasi yang sebenar. Sangat-sangat membuka mata untuk kita melihat sendiri alam ciptaan Allah swt bagi gunung Everest ni.

Kun Fa Ya Kun, 
Jadi, maka jadilah ia. Kalau memang Tuhan nak menjadikan sesuatu itu, maka memang akan terjadi dengan kuasaNya.tapi kita sebagai manusia kena yakin dan percaya, semua yang berlaku tu pasti ada Hikmah yang kadang kala kita sendiri pun tak tahu. 

Tapi , percayalah.


bye!

Thursday, October 8, 2015

REVIEW : POLIS EVO

Assalamualaikum,


CikNbi nak bagi review sikit untuk cerita Polis Evo, baru je tengok semalam dengan suami. Saja amik yang midnight movie punya. Tengok cerita ni di City Square, Johor . Dah tak banyak pawagam yang sedang tayang cerita ni. Yela, memandangkan cerita ni pun dah lama ditayangkan kan. 

CikNbi dengan suami je lambat sikit nak nengoknye. Haha.

Ingatkan cerita melayu ni bosan, jalan cerita sama je. Tapi untuk cerita Polis Evo ni, Perghhhhhh!!
dari 10 bintang, CikNbi bagi 100 bintang. Komedi plus Aksiii....Wah! pecah perut duk gelak dalam wayang tu, tapi time suspens, cuak jugak..haha

so, sesiapa yang belum pergi tengok lagi tu, disarankan pegi. Berbaloi sangat-sangat duit tiket wayang tu.

Tunggu apa lagi, tempah je online tiket tu. Sonang cerita.

bye!

Wednesday, August 26, 2015

| Keguguran 1st Baby |

Assalamualaikum,


Berita sedih dan berita gembira datang serentak bulan ni (Ogos 2015). 

Mula-mula dapat tahu tentang penempatan guru baru pada 17 ogos 2015, seronok sangat ciknbi, yela setahun jugak menunggu untuk posting. 

Habis belajar bulan 6 2014 lagi..haha, kemudian nak tunggu konvo pun satu hal lambat sungguh, september 2014, kemudian.....tunggu temuduga SPP lagi pada Mac 2015, phewwww....

....dan akhirnya terjawab sudah, penempatan pada Ogos 2015. Alhamdulillah, ditempatkan di bawah sektor Pendidikan Islam, maksudnya mengajar di sekolah menengah agama @ sekolah agama bantuan kerajaan sahaja. Yeayy!

jadi, sekolah yang telah ditakdirkan untuk ciknbi ialan di Johor Bahru, Johor. JDT ler yeop! hehe

Nak dijadikan cerita sedih, sebelum ni ciknbi dan suami (En. MH) tinggal di Skudai. Menyewa di rumah flat berhampiran UTM. En.MH bekerja di UTM tersebut bermula pada bulan April 2015 yang lepas.

Jadi, kami terpaksa berpindah ke Kampung Melayu disebabkan jarak yang jauh untuk ke sekolah. Ciknbi kena masuk sekolah pukul 7.15am setiap hari, jadi jarak rumah lama ke sekolah dalam 26km, phewww...tak tahan nak hadap jem setiap hari. So, biar En.MH yang berulang-alik sebab di masuk pejabat lewat sikit. hehe


So, pada 10 Ogos 2015, kami suami isteri sangat gembira kerana pregnancy test positive!!!

sangat seronok dan teruja, sampaikan ciknbi sujud syukur sebab terlampau bersyukur dengan rezeki ini. En.MH pun nampak sangat seronok, senyum je memanjang. hehe

Namun, disebabkan penat dan stress kesan berpindah rumah tersebut, ciknbi perasan ada spotting. Hati dah rasa tak sedap dan rasa cuak.

Makin hari makin banyak, mungkin jugak disebabkan ciknbi penat 'memanjat' tangga untuk ke kelas. 

Ciknbi dan En.MH terus google klinik yang berdekatan dan pergi check.
Dr. cakap 'maybe' keguguran. Sebab, janin masih kecik, 6weeks. Tapi yang tak seronoknya, Dr tu macam tah hape-hape! Ubat pun tak bagi. Haishhh!!

25 Ogos 2015, bleeding makin banyak dan berketul-ketul. Jadi, ciknbi dan En.MH pergi ke klinik lain pulak, KLINIK DR.ANIS di Kempas.4km sahaja dari rumah ciknbi. Klinik panel UTM pulak tu. Happy me! Sangat berpuas hati dengan layanan di sini. Dr.perempuan dan sangat-sangat gentle. Bagi semangat dan motivasi. Dan bagi ubat untuk persediaan mengandung kembali.



Alhamdulillah, mentally masih dalam recovery. InshaAllah, jika ada rezeki, inshaAllah.

YAKIN, janji Allah itu Pasti!


Tuesday, April 21, 2015

I Majlis Petunangan Natrah&Haziq I

Assalamualaikum,

Kali ni Ciknbi nak share tentang Majlis Pertunangan Ciknbi yang berlangsung pada 15-3-15 yang lepas, dah sebulan lebih usia pertunangan kami. Majlis yang diadakan hanyalah majlis yang simple, setakat mengikut adat orang melayu sebelum ke peringkat yang lebih serius. hehe.

Jom layan gambar semasa majlis. Gambar-gambar ni pun belas ehsan dari sahabat-sahabat dan keluarga. Gambar rasmi dari photographer belum siap lagi.



  






  
  


  







 see you in the next entry =]

SAVE THE DATE- 30 MEI 2015

Wednesday, August 20, 2014

SET LENGKAP KENING MURAH DAN MUDAH

Assalamualaikum,









Testimoni dari diri sendiri apabila menggunakan set lengkap kening. Mudah untuk digunakan dan tidak rasa 'akward' bila digunakan kerana kening nampak natural dan tidak melekit.
sesuai untuk dipakai semasa keluar bersama kawan-kawan atau semasa majlis-majlis penting. 




Bila dah banyak kali pakai, tangan akan lagi lembut untuk melukis kening. Boleh tengok tutorial-tutorial di Youtube untuk memudahkan dan ambil idea cara guna.
Sesuai untuk muslimah kerana kening tidak perlu dicukur, hanya teknik gam diperlukan.
Cara-cara untuk pakai set ni adalah seperti gambar dibawah.

Tutorial dari Makandam yang cantik, cun melecun.


Testimoni diri sendiri

Makeup untuk Dinner Batch 2014

Boleh pikir dulu sambil tengok testimoni-testimoni dari kawan-kawan di bawah;




Set A, B dan Combo disediakan untuk MUA amatur macam kita ni. hehe. Boleh Cuba......


DAPATKAN SEKARANG, WHATSAPP KE 010 4624120 [24 hours ]

postage pada hari ISNIN, RABU DAN JUMAAT. HARGA SUDAH TERMASUK HARGA POSTAGE. MURAH, MURAH DAN MUDAH...

INSTAGRAM ; setkeninglengkap_murah  / iamnatrah
CIMB             ; 7606126645
PHONE          ; 0104624120

DUIT KELAS CIKNBI