DUIT KELAS CIKNBI

DUIT KELAS CIKNBI

Daisypath Anniversary tickers
[;I keep on falling in love with my husband]

Monday, April 15, 2013

Travelog; Bukit Broga (Tips dan Trivia)



Holla Peeps.


Broga Hill terletak di Semenyih Selangor. Lebih kurang 40 minit dari Kuala Lumpur. Bukit Broga juga dikenali sebagai ‘Bukit Lalang’. Permandangan di puncak adalah menjadi faktor mengapa ia popular dikalangan pendaki. Tempoh pendakiannya juga tidaklah lama, tetapi agak mencabar. Untuk sampai ke Puncak 1 mengambil masa lebih kurang 45 minit mendaki. Dari puncak 1 ke puncak 2 hanya mengambil masa 5-10 minit. Dari puncak 1 ke puncak 2 lebih landai. Dari puncak 2 ke puncak 3 pula agak curam. Dan dari puncak 3 ke puncak 4 keadaan lebih curam dan perlu mendaki batu batuan. Puncak 4 ialah puncak terakhir.



TRIVIA Bukit Broga
  • Broga Hill juga dikenali sebagai ‘Bukit Lalang’.
  • Mempunyai 4 puncak kesemuanya.
  • Berketinggian 400 meter dan 40 minit pendakian (jangkaan)
  • Puncak ke 4 tidak sesuai untuk solat kerana permukaannya yang kurang rata.
  • Pernah menjadi latar gambar pre-wedding Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Harlina.
  • Terdapat sebuah Taman Arnab dan kawasan menunggang kuda bertentangan dengan lot parkir.
  • Kawasan antara Puncak 1 dan Puncak 2 adalah paling cantik dan very photogenic.




Kelengkapan yang perlu dibawa jika ingin mendaki sebelum Subuh;
  • Air untuk mengambil wuduk (1 botol air mineral)
  • Alas untul solat subuh di atas (Kain batik/pelikat)
  • Kompas (download di Hp Smartphone anda )
  • Lampu Suluh
  • Kamera (gambar kenangan)
  • Tuala untuk lap peluh
  • Air 100plus dan Air panas (Milo/Teh o)
  • Makanan (kudapan semasa menikmati matahari terbit)
Perlu diingat:

-Servis kereta sebelum datang kerana jalan di kaki bukit yang bengkang-bengkok.
-Memakai kasut yang tidak berat dan tapak yang tidak haus.
-Melakukan sedikit regangan sebelum pendakian.
-Pakai pakaian yang mudah menyerap peluh.
-Hanya ada satu pondok kecil (pondok bayaran) dan gerai-gerai makanan ringan.
-Bayaran parking adalah RM2.00.
-Semasa menuruni bukit, turun secara zig-zag bagi mengelak dari jatuh

Penting : Apabila dalam perjalanan turun, murahkan senyuman pada pendaki yang baru hendak naik!
#Beri semangat pada mereka v(^^)v

No comments:

DUIT KELAS CIKNBI