DUIT KELAS CIKNBI

DUIT KELAS CIKNBI

Daisypath Anniversary tickers
[;I keep on falling in love with my husband]

Tuesday, April 22, 2014

[Part1] 4 Hari 3 Malam ke Ho Chi Minh City, Vietnam

Assalamualaikum,

Part 1                    : Tips Berguna Sebelum dan Semasa Di Ho Chi Minh

Penerbangan         : Airasia

Masa Perjalanan    : 1 Jam 50 Minit [ LCCT- Airport Tan Son Nhat]

Tarikh                   : 7-10 April 2014


·         DUIT POKET
Tidak perlu menukar RM ke Dong dengan banyak. Cukuplah sekadar menukar sebanyak 1 juta Dong sahaja. Waktu ciknbi pergi ke sana, RM170 bersamaan 1 juta Dong. Duit Dong ini hanya perlu bila kita membeli makanan dan upah pekerja hotel yang angkat barang kita. Selebihnya, bawa duit Ringgit Malaysia kita. Ciknbi perhati dan buat kira-kira sendiri, guna duit RM lebih untung dari guna duit Dong mereka. Contohnya jika nak beli keychain di tepi-tepi jalan, harga dalam Dong 40,000 tetapi dalam RM hanya RM6 sahaja. Dah untung RM 0.20 kat situ. Tak banyak beza, tapi bila beli baju, banyakkkkk perbezaannya.
·         BAGASI
Bawa baju cukup-cukup sahaja semasa pergi ke sana. Tambah berat luggage semasa pulang sekurang-kurangnya 20 kg. haha. Shopping kat sana sangat dasyat. Baju sulam murah-murah. Takut terlebih shopping pula. Jangan risau, penimbang disediakan di lobi hotel.

·         TIKET
Cari tiket AirAsia waktu tengah buat promosi. Sangat-sangat membantu proses penjimatan untuk duit poket shopping. Hehe.
·         KEMAHIRAN TAWAR-MENAWAR
Asah bakat bargain anda sebelum pergi ke sana. Harga nalaaaaaa tinggi mereka akan letak. Contohnya kasut converse diorang akan letak sampai RM120, kalau pandai bargain boleh dapat sampai RM40 sahaja. Baju sulam yang cantik-cantik mereka akan letak RM80-RM100 anda boleh bargain sampai RM45 sehelai. Kemahiran memujuk dan berlakon sangat diperlukan di sana. Buat-buat taknak beli, nanti harga akan turun dengan dasyatnya. Teknik biasa mereka, mereka akan taip kalkulator untuk tunjukkan harga mereka dan mereka akan tanya harga yang kita nak. Contohnya, jika mereka letak harga RM60, anda letak dalam RM25-30 sahaja. Bargain sampai bawah dari 50% dari harga asal.
·         CENDERAHATI
Cenderahati boleh dibeli di pasar malam Ben Thant, pasar malam ni hanya dibuka mulai pukul 7 malam hingga 12 malam. Jangan beli baju t-shirt Hard Rock Café di sini sebab harga t-shirt di Mekong Delta jauh lebih murah. Hanya RM5 sehelai, hari tu ciknbi dapat 11 helai dengan hanya RM50 sahaja.
·         BAWA BEKAL MAGGIE/ROTI/MILO
Harga makanan halal di sana sangat mahal berbanding di Malaysia. Jadi untuk menjimatkan duit, bawalah sedikit bekalan roti,megi, dan milo 3in1. Hari tu ciknbi tak perlu keluarkan duit sebab makanan dah termasuk dalam pakej.

okay, tunggu Part 2 pulak ye. jom layan gambar yang tak sempat nak edit lagi.







sekian dulu buat sementara ni ye.hehe

2 comments:

Norehan Nasir said...

Kasut converse beli kat mana? Dlm pasar ker?

Unknown said...

Kasut convese cari di mana.. Dlm pasar ben thanht ker

DUIT KELAS CIKNBI