DUIT KELAS CIKNBI

DUIT KELAS CIKNBI

Daisypath Anniversary tickers
[;I keep on falling in love with my husband]

Wednesday, August 26, 2015

| Keguguran 1st Baby |

Assalamualaikum,


Berita sedih dan berita gembira datang serentak bulan ni (Ogos 2015). 

Mula-mula dapat tahu tentang penempatan guru baru pada 17 ogos 2015, seronok sangat ciknbi, yela setahun jugak menunggu untuk posting. 

Habis belajar bulan 6 2014 lagi..haha, kemudian nak tunggu konvo pun satu hal lambat sungguh, september 2014, kemudian.....tunggu temuduga SPP lagi pada Mac 2015, phewwww....

....dan akhirnya terjawab sudah, penempatan pada Ogos 2015. Alhamdulillah, ditempatkan di bawah sektor Pendidikan Islam, maksudnya mengajar di sekolah menengah agama @ sekolah agama bantuan kerajaan sahaja. Yeayy!

jadi, sekolah yang telah ditakdirkan untuk ciknbi ialan di Johor Bahru, Johor. JDT ler yeop! hehe

Nak dijadikan cerita sedih, sebelum ni ciknbi dan suami (En. MH) tinggal di Skudai. Menyewa di rumah flat berhampiran UTM. En.MH bekerja di UTM tersebut bermula pada bulan April 2015 yang lepas.

Jadi, kami terpaksa berpindah ke Kampung Melayu disebabkan jarak yang jauh untuk ke sekolah. Ciknbi kena masuk sekolah pukul 7.15am setiap hari, jadi jarak rumah lama ke sekolah dalam 26km, phewww...tak tahan nak hadap jem setiap hari. So, biar En.MH yang berulang-alik sebab di masuk pejabat lewat sikit. hehe


So, pada 10 Ogos 2015, kami suami isteri sangat gembira kerana pregnancy test positive!!!

sangat seronok dan teruja, sampaikan ciknbi sujud syukur sebab terlampau bersyukur dengan rezeki ini. En.MH pun nampak sangat seronok, senyum je memanjang. hehe

Namun, disebabkan penat dan stress kesan berpindah rumah tersebut, ciknbi perasan ada spotting. Hati dah rasa tak sedap dan rasa cuak.

Makin hari makin banyak, mungkin jugak disebabkan ciknbi penat 'memanjat' tangga untuk ke kelas. 

Ciknbi dan En.MH terus google klinik yang berdekatan dan pergi check.
Dr. cakap 'maybe' keguguran. Sebab, janin masih kecik, 6weeks. Tapi yang tak seronoknya, Dr tu macam tah hape-hape! Ubat pun tak bagi. Haishhh!!

25 Ogos 2015, bleeding makin banyak dan berketul-ketul. Jadi, ciknbi dan En.MH pergi ke klinik lain pulak, KLINIK DR.ANIS di Kempas.4km sahaja dari rumah ciknbi. Klinik panel UTM pulak tu. Happy me! Sangat berpuas hati dengan layanan di sini. Dr.perempuan dan sangat-sangat gentle. Bagi semangat dan motivasi. Dan bagi ubat untuk persediaan mengandung kembali.



Alhamdulillah, mentally masih dalam recovery. InshaAllah, jika ada rezeki, inshaAllah.

YAKIN, janji Allah itu Pasti!


No comments:

DUIT KELAS CIKNBI