DUIT KELAS CIKNBI

DUIT KELAS CIKNBI

Daisypath Anniversary tickers
[;I keep on falling in love with my husband]

Tuesday, October 20, 2015

REVIEW: Goosebump dengan BEANIE

Assalamualaikum,

*Pending post yang terperam sejak seminggu lepas.




Semalam baru lepas tengok cerita Everest, hari ni pulak en. husband ajak keluar dating lagi untuk tengok cerita Goosebump yang tengah ditayangkan di wayang. Seronok betul sebab wayang dekat je dengan rumah , dalam 7km je dari rumah. Dalam 10 minit dah sampai kat TGV AEON TEBRAU. 

Dah lebih 3x dah kot tengok wayang kat sini sebab sangat-sangat selesa.
kali ni rajinkan diri untuk booked awal untuk cerita ni.

*Whatsapp

Mr.H: Jom malam ni tengok wayang. Cer try beli tiket wayang
Ciknbi: orite, rini ke?
Mr.H: Haah, bukan biasa, Jenis Beanie.Kerusi besar. Jom try. Harga rm51. Sofa.
Ciknbi: sorang rm51??? *cryingg..haha
Mr.H: 1 sofa, kongsi berdua.
Ciknbi: Ohh. *1st time. tak biasa lagi.hehehehehe 

Then Mr.husband explain panjang lebar pasal 'Beanie' punya sofa ni. Asal nama Bean. ala, sofa yang ada bijik-bijik tu kat dalam. tapi stail yang besar lah..siap boleh baring, sandar or guling....haha...
Yes, boleh berguling sebab ciknbi dah try dah...hahaha
Beanie seat ni limited tau, hanya ada dalam 20+ seats sahaja untuk couple seat.

pastikan dah nikah baru beli, haha. Kang ada datang orang suluh-suluh tanya mana sijil nikah....Mampuihh korang.
takut? *hoho

Cerita Goosebump sangat best , sebab adventure + komedi. HAHA. Pelakon pun sangat best, handsome + lawa hero and heroin cerita ni. haha. itu sangat penting.

Ala-ala sains fiksyen sikit sebab ada binatang /hantu keluar dari buku. Jalan cerita yang best.
Pergi lah tengok. HEHE. Amik seat Beanie kalau ada TGV Cinema ye.

Letih bergelak dalam tu. Tambah-tambah syok pulak tempat duduknya. 

Next cerita apa yang syok, meh share.................

bye, kirim salam pada si Slappy ye.

*invisibleman masih terlepas....haha

No comments:

DUIT KELAS CIKNBI